* Be SEXY . Be TRUE . Be WILD . Be YOU *













Wednesday, May 30, 2012

sila sedar diri.

hurm, kali nie mang aku nak citer pasal diri aku ja. bukan apa, time cuti nie kalau tak keluar berjalan mang bosan tahap badak laa jawapan dia kan. tapi, kalau nak keluar mesti kena ada wang. tak ada wang, nak pakai apa keluar tuh nanti? takkan nak pakai daun kering ye tak? even nak keluar jenjalan bodo2 ja pon kena pakai wang jugak.


cakap pasal wang. aku nie dah laa tak sedar, student agy. bukannya keje pon mcm kengkawan aku semua tuh. dorang mana nak sambung study, tapi semua dah masyuk. aku pulak, tanggung hutang lagi berapa puluh ribu sambung degree nie. haa, amekaw! patu time cuti cenggini laa paling sakit, mana dapat wang saku. hahaa. kena pow laa jawapan dia. tapi tadi memang lawak. bole pulak aku nak keluar langsung tak mikir pasal wang sebab kepala dah mikir sonok nak keluar ja. maklum laa, dah lama dok melanguk kat rumah kan. haa, time nak keluar memang best. daddy tanya 'Ada duit ke??' oke, time tuh baru aku terpikir wallet aku tinggal berapa keping ja. hahaa. aku pon dok sengih2 ja laa bajet chumel kat daddy aku. then dia pon hulur laa wang. huhu. malu pon ada, tak malu pon ada. kahkah. nak buat macam mana kann. selagi saya masih di bawah tangunggan daddy, daddy kena laa hulur. ngeee. sorry ye dapat anak macam saya nie, tak sedar tak ada wang di tangan tapi ada hati nak keluar lepak sana sini. yang paling best, daddy siap belikan topup. pergh, aku rasa macam.. hurm..bersalah pong ada. tapi...err. amek ja laa. takkan nak tolak kan? huu.


erm, bila semua dah jadik mcm nie, tengok member semua dah sonok pegang duit sendiri apa semua, buat kan aku tak sabar ja nak habis study. lagi 4 paper, intern and that's it.! dah bole carik keje. yeayyy! tapi 4 paper tuh yang buat aku cuak pulak. haih, final sem. macam mana pon, semangat kena kuat. tak nak sampai mende2 bodo ganggu jiwa aku yang memang dah sedia kacau nie. 

Tuesday, May 29, 2012

Notes.


Hati ini takkan mudah untuk mempercayai kata-kata seorang manusia yang bergelar lelaki lagi (kalau perempuan mungkin akan dipercayai) #gelakjahat
Hurm, tetiba rasa nak nyanyi lagu Takkan Pernah...

Takkan pernah ku coba cintai kamu
Cukup sudah kau buat diriku pedih
Takkan pernah ku coba ulangi lagi
Cukup sudah semua rasa yang ku beri
Pergi, jauh kau pergi dari hidupku
Jangan kau coba curi hatiku
Dan membilang kau cintai aku..

Apa tujuan aku post entry nie? Sebenarnya tak ada tujuan pon. Saja nak buang masa. Maklum laa, tgh2 saket nie tetiba idea giler banyak pulak yang datang tapi malas nak post semua tuh kat sini sebab tak nak nanti ada yang terasa pula. Hmm, susah nak jaga hati semua orang. Tapi kan, nie blog aku..so, lantak lahh apa pon aku nak post, betul tak?? Perlu ke aku nak mintak izin orang lain? No need lahhh. Haish.

Hurm, jap..Tetiba blur pulak, mungkin effect ubat yang aku makan (ubat dipersalahkan, padahal memang pelupa). Weyy, sumpah aku tak ingat aku nak type pasal apa tadi. Ahahahaa. Ini satu penghinaan. Erm, ada orang tu bole pulak nak buat aku sakit hati bagai kan. Nak gedik2 dengan perempuan lain pon nak bagitau aku. Motif? Nak gedik2, pegi jelaa. Tak yah nak bagitau kat aku sangat. Tak nak tahu pon. Kira dah oke laa tuh aku layan kau elok2 sekarang, jangan sampai temperature aku naik semula, macam saje nak try test aku ja budak sorang nie.

Haihhh (mengeluh panjang).. Rindu kat mummy and Dennis sebenarnya. Sejak dorang dah balik Sarawak, sumpah sunyi rumah nie. Dah tak bole nak manja2 lagi. Lepas nie nak geget siapa? Takkan nak geget adek aku yang dah besar gedabak tuh, mau penumbuk hinggap kat muka aku nanti. Haduii, bila laa bole jumpa Dennis lagi. Harap dia tak lupakan aku, sedih guling2 aku nanti. Huhu.. Lepas nie dapat tengok pic dia kat fb mak dia ja la. Hurm, dah macam aku pulak mak si Dennis tuh, sedangkan mak dia sendiri dulu pon mungkin tak macam aku sekarang. Nak buat macam mana, dah setahun lebih aku ngadap budak tuh, macam2 dah memori kami bersama. Aiceyhh! Hahaa.

Dah 4 hari dok melanguk kat rumah nie, yelaa orang saket kann. Nak keluar lepak, memang confirm takkan diizinkan lahh jawapan dia. Dah laa suara tak ada, ada hati nak keluar. Kang bila dengan member, nak communicate guna bahasa isyarat ja ka? Kang orang ingat aku bisu, jatuh laa saham. Ahahaa, so better dok rumah ja sampai sembuh yea. Tapi yang peliknya macam mana tekak aku bole luka? Adakah kerana aku pegi karok time2 exam? Huhu. Tuh laa, mummy daddy suruh study, kau bole bantai pegi karok. Padan muka kau (padahal sebelum karok tuh memang dah sakit tekak). Memang nak cepat sembuh, tapi ubat tuh sangat memeningkan and buat aku ngantok ja. Lemau wehh asek tido ja. Macam hape dah. Haihh.

Hurm, nak bebel ape lagi weyy? Tak tahu nak citer apa dah. Cuma diharapkan aku cepat sembuh so aku dah bole keluar melepak berjolly bagai. Jyeahhhh!


Sunday, May 27, 2012

mengapa.

mengapa aku terus memikirkan dia walaupun aku tahu dia tidak memikirkan aku?
aku tidak pernah meminta semua ini untuk terjadi.
semakin lama aku pendam, semakin sakit hati aku.
tapi..apakan daya? dia kelihatan lebih bahagia tanpa aku.
mungkin ini lebih baik.
hati ini tidak mampu untuk bertahan jika ditipu lagi.
sudah aku bilang hati ini sudah serik.
di saat aku dapat tahu suatu kebenaran, hati aku sudah memutuskan untuk melepaskan dia pergi.
kerana aku tahu dia akan lebih bahagia bila tidak bersamaku.
kerana aku tahu dia akan lebih bahagia dengan seseorang yang dia idamkan, bukan aku.
siapa aku? cuma seorang perempuan yang singgah sebentar di dalam hidupnya, cuma sebentar.
terima kasih awak.